Monday, 19 September 2016

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRPJ) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRPJ) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)
MUHAMMAD IQBAL FITRI BIN MOHD SUKRI
02DEE16F1102
MUHAMMAD RUSYAIDI SHAFIQ BIN MOHD NAZMI
02DEE16F1114
MUHAMMAD FATHI BIN JASMANI
02DEE16F1131


PENDAHULUAN

Perancangan pembangunan bagi sesebuah negara memainkan peranan penting dalam memastikan setiap rakyat mampu menikmati dan merasai pembangunan tersebut. Pembangunan hartanah perumahan juga tidak terkecuali dimana pelbagai konsep perumahan telah diperkenalkan dalam memenuhi keperluan dan kehendak setiap pembeli. Begitu juga dengan negara kita, terdapat pelbagai konsep perumahan yang diketengahkan dalam memastikan keselesaan rakyat terjamin disamping memberi kepuasan kepada semua pihak.


Rancangan Malaysia (RM)
          
     Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

           Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali

ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Rancangan Pembangunan Negara
Pemimpin negara kita telah melaksanakan pelbagai rancangan untuk memajukan ekonomi negara kita. Pada tahun 1960, GDP per capita (Gross Domestic Product Per Capita) negara kita cuma 299US dollar, maka pada tahun 2014, GDP per capita negara kita sudah mencapai 10829 US dollar. Ini membuktikan pendapatan rakyat telah bertambah dari semasa ke semasa yang dilaporkan oleh Bank Dunia (World Bank) Selain itu, kita boleh nampak jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar menurun dan jurang sosioekonomi antara bumiputra dengan bukan bukan bumiputra telah menambah baik. Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi     dokuman kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaan, menetapkan sasaran perkembangan makroekonomi dan juga saiz serta peruntukan yang desediakan untuk program pembangunan sektor awan dan swasta bagi lima tahun sesuatu Rancangan.

Rancangan Malaya Pertama(1956-1960)


Pemimpin negara kita telah banyak buat perancangan demi memajukan ekonomi negara. Rancangan pertama yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah Rancangan Malaya Pertama iaitu semasa tahun 1956 sehingga tahun 1960. Objectif rancangan ini dikeluarkan adalah untuk memajukan sektor luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara. Maklamat kedua adalah untuk mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu seperti timah dan getah. Dengan laksanakan rancangan , kerajaan telah menumbuhkan pelbagai  agensi seperti Rural Industrial Development Authority (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) demi memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.


Rancangan Malaya Kedua(1961-1965)
Pada tahun 1961, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Malaya Kedua. Matlamat rancangan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar,

menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar bandar dan menyedia lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar. Selain itu, rancangan ini juaga bermaklamat untuk menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan kepada makanan import. Dengan bejayakan rancangan ini, kerajaan telah merancang pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan asas yang lengkap. Justeru, kerajaan juga telah banyak membuka tanah dengan kegunaan pertanian dan penetapan semula dan juga menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan. Pihak kerajaan juga menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan menjalankan projek Johor Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang. Hasilnya, kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar telah meningkat sebanyak 6.4% setahun. 

Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970)


Pada tahun 1966, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama. Rancangan ini merupakan rancangan yang pertama setelah pembentukan Malaysia. Rancangan ini memberikan tumpuan kepada integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia, ia juga memberi penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi. Untuk pelaksanaan rancangan ini kerajaan telah menumbulkan pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputra pada tahun 1966, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 1967 dan yang terakhir Lembaga Penasihat Tarif dan Perbandaran Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969. Faktor utama penubuhan MARA adalah untuk mempermudahkan pedagang dan pengusaha  bumiputra mendapatkan bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada bank.

Rancangan Malaysia Kedua(1971-1975)





Rancangan Malaysia yang kedua telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971 sehingga tahun 1975. Faktor rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969.  Bagi mengatasi masalah ini,kerajaan juga telah menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu dengan menutut kepada Perkara 153 yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Rancangan ini dibuat dengan perkenalkan DEB( Dasar Ekonomi Baru) dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi bagi mengelakkan peristiwa darah antara kaum berlaku lagi.RKM2 ini berfungsi untuk meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran utama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu. Satu lagi kejayaan rancangan ini ialah kerajaan telah menumbuhkan Petroleum National Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974. Kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (Gross Domestic Product) telah meningkat sebanyak 7.4% setahun, iaitu lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 6.8% setahun. Selain itu juga dapat pertumbuhan dalam beberapa sektor utama seperti pertanian sebanyak 25%, sektor pembuatan sebanyak 19.3%, sektor perdagangan sebanyak 14.4% dan sektor lain-lain sebanyak 10.15%.



Rancangan Malaysia Ketiga(1976-1980)
Pada tahun 1976 Rancangan Malaysia 3 telah diperkenalkan. Rancagan ini merupakan peringkat kedua perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maklamat untuk rancangan ini adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baharu di sekitar Malaysia. Objektif rancangan ini memberikan penekanan yang banyak kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara. Dengan melaksanakan rancangan ini kerajaan telah menumbuhkan 28 buah bandar baru di bawah rancangan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), DARA pada tahun 1980. Selain itu, tanaman getah dan kelapa sawit telah dipertingkatkan oleh kerajaan Malauysia dengan tujuan ekspot untuk menambahkan pendapatan negara. Justeru, badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan National Berhad (PERNAS),Urban Development Authority of Malaysia (UDA) dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan negara. RMK3 ini telah berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi negara kepada 8.6%setahun.  Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%. Kadar kemiskinan di negara telah menurun kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970 sebelum ini.


Rancangan Malaysia Keempat(1981-1985)



Rancangan ini telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia semasa negara mengalami masalah kemelesatan ekonomi akibat kejatuhan harga bijih timah dan getah dunia iaitu pada tahun 1981. Tumpuanya diberikan  kepada sektor pertanian di luar bandar dan mempelbagai, mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam sesebuah negeri. Selain itu, sektor baharu telah diperkenalakan, iaitu sektor perusahan berat yang berasaskan pelabuhan modal. Matlamat lain rancangan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengeluaran rakyat dalam semua sektor dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian. RMK4 telah dilaksanakan dengan penubuhan Perbadanan Industri Berat Malayisia.Justeru, kawasan perdagangan bebas telah dibuka seperti Bayan Lepas di Penang.   Selain itu, Perbandaran Industrial Berat Malaysia (HICOM) telah ditubuhkan mengurus industri berat seperti Kedah Cement Sdn Bhd dan kilang besi PERWAJA di Kemaman, Terengganu.  Dengan perlaksanaan dasar ini, Kita boleh nampak GDP negara telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita telah meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada RM3171 juta pada tahun 1980 kepada RM4609 juta pada tahun 1985. Selain itu, kereta nasional pertama “Proton Saga” dikeluarkan.

Rancangan Malaysia Kelima(1986-1990)


Pada sesi ini kerajaan menetapkan beberapa matlamat utama iaitu mencapai perpaduan negara, mencapai objektif DEB, meningkatkan sektor swasta, mempergiat pelaburan asing (FDI) dan galakkan pertumbuhan ekonomi luar Bandar. Sejajar dengan itu, kerajaan telah menekan bidang R&D bagi mengatasi masalah kekurangan guna tenaga dan meningkatkan produktiviti.Rancangan ini juga bermaklamat untuk menggalakkab sektor pertanian dan luar bandar. Usaha pembangunan sumber manusia dijalankan melalui aspek latihan, kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan. Sehubungan dengan itu, Perbadanan Perlancongan Malaysia di tubuhkan dan turut diperkenalkan tahun melawat Malaysia pada tahun 1990.



Rancangan Malaysia Keenam(1991-1995)
RMK ke 6 merupakan sambungan daripada RMK 5 dengan matlamat yang menjadi fokus adalah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara malah pada sesi ini, pengurusan dititik beratkan agar berjaya mengurus  kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai. Kerajaan menggalakkan pelibatan sektor swasta dengan menyegerakan program penswastaan untuk elak perbelanjaan produktif. Dasar liberalisasi dikekalkan bagi meningkatkan pelaburan asing (FDI). Kerajaan turut mengambil inisiatif dengan mengubah struktur industri sedia ada kepada yang teknologi yang lebih canggih dengan harapan keluaran tempatan lebih bermutu. Kerajaan juga telah mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan di Malaysia.



Rancangan Malaysia Ketujuh(1996-2000)

Pertubuhan ekonomi seimbang masih lagi menjadi fokus. Namun, masyarakat luar Bandar tidak dipinggirkan. Mereka diberi keutamaan dan mendapat agihan pendapatan. Malah, kerajaan turut melihat kepada peningkatan guna tenaga, pendidikan dan latihan yang berterusan. Pembangunan seperti perumahan, kesihatan, khidmat sosial dan infrastruktur ditekankan dan penswastaan dipergiat. Kerajaan melaksanakan beberapa projek mega untuk menjana pendapatan seperti KLIA, MEASAT dan perkukuhan hunbungan diplomatik dengan negara jiran iaitu program hubungan Kedua Malaysia-Singapura. Dibawah pembangunan kemasyarakatan, kerajaan telah menyediakan kemudahan bagi golongan miskin dan menjalan projek petempatan semula setingga, PPRT dan banyak lagi. Bagi memenuhi hasrat untuk petingkatkan pendidikan, kerajaan telah menambah peluang pendidikan dengan membina university/ IPT yang baru. Dengan rancangan ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDKK) telah meningkat sebanyak 4.7%setahun, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 3.0%. Kadar penggangguran pula telahkekal pada paras yang rendah iaitu 3.0%, manakala Indek Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000. 

Rancangan Malaysia Kelapan(2001-2005)
Objektif RMK pada kali ini adalah memperkukuh kebolehan negara bagi menghadapi masa depan dan memberi penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi. Kerajaan mensasarkan peningkatan aktiviti R&D terutama pada teknologi maklumat dan komunikasi. Dasar penswastaan kian diperkukuh. Kerajaan turut menggalakkan FDI dalam sektor teknologi tinggi. Usaha pembangunan sosioekonomi dilihat Rakan Muda. Kerajaan juga telah menggalakkan pelaburan asing (FDI) terutamanya dalam sektor teknologi tinggi. 




Rancangan Malaysia Kesembilan(2006-2010)


Tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.Ini kerana kerajaan ingin memastikan pengagihan ekonomi yang saksama agar usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar dapat dipertingkat. Melalui agihan yang saksama, ia juga membantu meningkatkan ekuiti bumiputera seterusnya pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB). Malah kerajaan turut menggalakkan pernyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Kerajaan juga telah merancakkan program penswastaan dalam Rancangan peringkat ini.

Rancangan Malaysia Kesepuluh(2011-2015)
RMK 10 tidak lagi memfokuskan kepada kegiatan pertumbuhan ekonomi sebaliknya memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa disamping mentransformasi negara berpendapatan tinggi yang berasaskan produktiviti dan inovasi. Oleh itu kepelbagaian etnik dapat dapat dimanfaatkan dengan  memberi peluang sama rata,perkongsian kepintaran turut juga menyemai perasaan menghargai khazanah negara. Dengan wujudnya persekitaran seumpama ini, ia dapat menjayakan pertumbuhan ekonomi secara tidak langsung malah menuju kearah pembangunan sosioekonomi secara inklusif dengan mengekalkan modal insan bertaraf dunia seterusnya mewujudkan persekitaran ke arah peningkatan kualiti hidup. Oleh yang demikian, kita dapat mentransformasi kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia.




Rancangan Malaysia Kesebelas(2016-2020)



Rancangan Malaysia(RMK11) telah dibentangkan oleh Y.A.B.  Perdana Menteri,  Yang Amat Berhormat Dato'  Sri Mohd Najib bin  Tun Haji Abdul Razak  di Parlimen pada 21 Mei 2015.  RMK11 amat penting kerana dilihat menjadi mansformasi terakhir dalam matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pegara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.  
Di bawah Transformasi Nasional ini , enam program telah dirancang dan akan dilaksanakan seperti yang berikut:


(a)  Program Transformasi Kerajaan
 b)  Program Transformasi Ekonomi
(c)  Program Transformasi Politik
(d)  Program Transformasi Komuniti
(e)  Program Transformasi Sosial.
(f) Program Transformasi Fiskal 

Program Transformasi Nasional merupakan falsafah dan tunjang utama bagi merealisasikan RMK11.  Justeru,  RMK11 telah menyediakan enam strategi tumpuan

Pertama Memperkukuh insklusiviti ke arah masyarakat saksama 
Kedua Meningkatkan kesejahteraan rakyat
Ketiga Meningkatkan pembangunan modal insan untuk Negara maju
Keempat Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya saing 
Kelima Memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
Keenam Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran



Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kerajaan kita telah mengambil inisiatif yang
bersungguh-sungguh untuk memajukan ekonomi negara kita. Kita boleh lihat kadar kemiskinan, pendapatan negara telah bertambah dari semasa dan semasa, ini membuktikan dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia adalah berkesan untuk memajukan ekonomi negara. Dasar-dasar ini digubal supaya setiap pihak mendapat layanan yang saksama, menitiberatkan nilai kemanusiaan, bertolak ansur sesama kaum. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia mestilah bersyukur kerana lahir dalam negara yang harmoni ini, dan sebagai sebahagian dari Malaysia kita mestilah berkerjasama antara satu sama yang untuk memajukan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.



No comments:

Post a Comment